UTNM - Penyedia Latihan BIM Online Profesional

UTNM Resources Sdn Bhd merupakan salah sebuah Autodesk Authorized Training Center di Malaysia sehingga Januari 2018. UTNM memiliki lebih satu dekad pengalaman di dalam Building Information Modelling (BIM), dan telah melatih pelbagai peserta baik profesional, ahli akademik mahupun pelajar dari pelbagai agensi kerajaan, industri serta institusi pendidikan.

Antara peserta yang telah mengikuti kursus BIM di UTNM adalah dari  

  • JKR Malaysia
  • JKR Sarawak dan JKR Sabah
  • CIDB Malaysia
  • MyBIM Center
  • Sunway Construction
  • Putrajaya Holdings
  • Kolej Politeknik Ibrahim Sultan
  • UiTM Shah Alam dan pelbagai lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kami serta khidmat perundingan profesional yang ditawarkan, sila lawati laman sesawangan UTNM Resources Sdn Bhd Official Website ↗


Participants from JKR Sarawak taking Autodesk Certified Professional Training and Examination. This is the JKR Sarawak BIM Team pioneer.

Pengalaman Kami Sebagai Pengajar BIM Bertauliah di Malaysia

Sebagai Pengajar BIM Bertauliah yang memiliki pelbagai pengalaman projek di Malaysia, UTNM juga berpengalaman dalam berurusan dengan peserta profesional dari pelbagai industri.


  • Lebih satu dekad pengalaman sebagai Pengajar BIM dan Perunding BIM

  • Melatih peserta dari JKR Malaysia, JKR Sarawak dan Sabah

  • Telah melatih > 1,000 peserta di seluruh Malaysia

  • Penceramah jemputan di CIDB BIM Roadtour dan juga JKR BIM Roadshow

  • Membangunkan dua buah modul latihan BIM di CIDB iaitu Fundamental Modelling of Infrastructure (Roads & Highways) dan BIM Project Quantification.

  • Pengajar Profesional yang merupakan CIDB BIM Master Trainer, Autodesk Certified Instructor dan Autodesk Certified Professional

Kenapa anda harus mengikuti Kursus BIM Online JKR di UTNM

UTNM merupakan satu-satunya penyedia platform kursus BIM secara atas talian di Malaysia. Dengan latihan yang boleh diikuti mengikut kesesuaian masa peserta, kursus ini juga mudah untuk diikuti dan difahami. Kursus ini dibangunkan berpandukan Garis Panduan BIM JKR serta Piawaian BIM JKR dan sangat releven bagi mereka yang ingin menyertai projek BIM JKR. Disamping itu, peserta yang berjaya akan mendapat sijil dari UTNM.

  • Dibangunkan mengikut Garis Panduan dan Piawaian BIM JKR

  • Pengajar yang mahir dengan kaedah pelaksanaan BIM di JKR serta pelbagai perisian BIM seperti FormIt, Revit, Civil 3D dan Navisworks Manage

  • Boleh diambil mengikut masa sendiri (self-paced learning)

  • Modul telah disemak oleh Unit BIM JKR Malaysia

  • Pengajar bertauliah (CIDB Master Trainer, Autodesk Certified Instructor, Autodesk Certified Professional)

  • Sesuai untuk semua peringkat samada baru mengenai BIM atau pemain BIM sedia ada yang ingin mendalami pelaksanaan BIM di JKR Malaysia

  • Pembelajaran secara audio visual yang boleh diulang bagi memberikan pemahaman yang jelas

Berminat tetapi kurang jelas kursus BIM apa yang sesuai dengan anda?

Kami sedia membantu anda untuk memahami kursus BIM yang bersesuaian dengan kerjaya dan matlamat anda